Hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang satu sukan ataupun satu senaman yang mungkin agak baru di Malaysia selain sukan-sukan lain seperti parkour yang berunsur 'extreme' dan sesuai dengan darah muda.Calisthenics ini dikategorikan sebagai "street exercise", yang mana ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Akan tetapi ia lebih popular bagi golongan mereka yang mengemari bersenam dengan cara calisthenic ini untuk melakukan aktiviti senaman mereka di taman-taman permainan ataupun taman rekreasi. Calisthenic berasal daripada dua perkataan Greek, iaitu, Kalli yang bermaksud 'beauty', dan 'Sthenos' yang bermaksud 'strength', justeru memberi maksud "Kecantikan Kekuatan". Calisthenic, mnggunakan sepenuhnya berat badan sendiri untuk melakukan sebarang senaman, dan menggunakan pemberat tambahan bagi mereka yang telah berada di tahap yang lebih 'Advance'. Antara senaman yang popular di dalam calisthenic adalah, Pull up (mendagu), dip, leg raise(angkat kaki), dan push up (tekan tubi).Gambar dibawah adalah beberapa contoh latihan untuk calisthenics.
Berdasarkan gambar di atas ini merupakan basic untuk calisthenics bagi yang bru hendak berjinak-jinak dalam sukan ini...