Asalamualikum dan selamat sejahtera ,apa yang saya tahu tentang kejuruteraan mekinikal ni tak lah banyak.Saya dulu sebenarnya dulu sekolah teknik iaitu Skolah Tknik Terengganu.Kejuruteraan mekinikal ni mempunyai banyak cabang seperti:
Kejuruteraan Mekanikal
Pelajar dalam bidang ini akan mempelajari
bidang-bidang asas kejuruteraan mekanik seperti Mekanik Kejuruteraan,
Makmal Kejuruteraan dan Teknologi Bahan. Kursus elektif yang ditawarkan
ialah seperti CADCAM, Automasi Industri, Kawalan Kualiti dan Pengurusan
Industri.
Peluang pekerjaan - Technical Assistant, Assitant Service Manager, Assistant Engineer danJunior Engineer.
Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
Dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal
Pembuatan pelajar akan mempelajari kursus asas kejuruteraan mekanik,
kursus pengkhususan seperti kursus Sistem Pembuatan, Teknologi Bahan, Jig & Fixtures,
Industri Robotik dan Kawalan Pembuatan. Kursus elektif yang ditawarkan
untuk program ini adalah seperti CADCAM, Automasi Industri, PLC, Ekonomi
Pembuatan, Penyenggaraan Industri dan Teknologi Bahan 2.
Peluang pekerjaan - CNC Programmer, Production/Process Planner, Purchasing Technician dan Product Designer
Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
Bagi program ini pelajar akan
mempelajari kursus asas kejuruteraan mekanik ,kursus pengkhususan
adalah seperti Penyenggaraan Loji, Amalan Bengkel Loji,Kejuruteraan Loji
Kuasa, Lukisan Perkhidmatan Loji dan Sistem Kawalan Loji. Manakala
untuk kursus elektif ialah seperti Pengenalan Kejuruteraan Alam Sekitar
dan Pengurusan Industri.
Peluang pekerjaan—Plant Maintenance & Operation Technician, Plant Operator, General Technician dan Apprentice (Boiler man & Steam Engineer).
Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)
Bagi program ini, pelajar akan didedahkan
mengenai asas kejuruteraan mekanik, kursus pengkhususan adalah seperti
kursus Proses Pembuatan Plastik, Amalan Bengkel Plastik, Teknologi
Plastik, Bahan Plastik, Rekabentuk Mould & Die,
Pemodelan Plastik dan CAE. Kursus elektif yang ditawarkan untuk program
ini adalah seperti Automasi Industri ,Kawalan Kualiti, Pengujian Bahan
Plastik, Instrumentasi & Kawalan dan Pengurusan Industri
Peluang pekerjaan —Plastic Production Technician, Assistant Engineer, Mould Designer danAssistant Research Officer
Kejuruteraan Mekatronik
Pelajar dalam bidang ini akan mempelajari
asas kejuruteraan mekanik , kursus-kursus teras seperti Microprocessor
& Microcontroller, PLC dan Sistem Kawalan, Automasi Industri,
Mekanisme Pindahan Kuasa dan Asas Kuasa Elektronik . Kursus elektif yang
ditawarkan untuk program ini adalah seperti Amalan Bengkel Mekatronik,
CADCAM, Kawalan Kualiti dan Pengurusan Industri.
Peluang pekerjaan—Controller System Supervisor, Automation and Robotic Supervisor danMechanical and Electrical System Designer.
Diatas merupakan beberapa bahagian dalam kejuruteraan mekinikal.sekarang saya dalam bidang kejuruteraan mekinikal loji.Saya amat meminati bidang kejuruteraan mekinikal ini.Sebelum ini saya belajar di sebuah universiti dengan kos yang lain, kesilapan saya ini yang dahulunya terlalu mengejar status universiti menyebabkan saya mengetepikan kos yang saya minati...Saya berharap kepada sesiapa yang hendak menyambung pelajaran,ambilah iktibar dari pengalaman saya in..terima kasih kerana membaca..
Diatas merupakan beberapa bahagian dalam kejuruteraan mekinikal.sekarang saya dalam bidang kejuruteraan mekinikal loji.Saya amat meminati bidang kejuruteraan mekinikal ini.Sebelum ini saya belajar di sebuah universiti dengan kos yang lain, kesilapan saya ini yang dahulunya terlalu mengejar status universiti menyebabkan saya mengetepikan kos yang saya minati...Saya berharap kepada sesiapa yang hendak menyambung pelajaran,ambilah iktibar dari pengalaman saya in..terima kasih kerana membaca..